Zaman Bintang Tiga

PEMERINTAHAN 14 HARI

Selepas Jepun menyerah diri pada 16 Ogos 1945, Tanah Melayu telah sempat diambil alih oleh puak Bintang Tiga, iaitu gelaran yang diberikan kepada PKM (Parti Komunis Malaya). Tempohnya dikatakan selama 14 hari sahaja. Tempoh yang sesingkat itu telah sempat berlaku macam-macam peristiwa ngeri yang lebih dahsyat daripada 4 tahun Jepun memerintah.

Kebanyakan anggota PKM ketika itu terdiri daripada kaum Cina yang sangat bencikan orang Jepun. Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu, ramai orang Melayu menjadi Jukidam, iaitu anggota Pasukan Polis Jepun. Bila Jepun menyerah kalah kepad British, ramai Jukidam Melayu yang sempat dibunuh oleh puak Bintang Tiga kerana membalas dendam.

Ceritanya mereka (Jukidam) ditangkap oleh Bintang Tiga dan dibicara dengan ringkas dan dihukum bunuh serta merta samada ditembak, direjam atau digantung sampai mati. Ada yang ditanam hidup-hidup di tepi-tepi hutan atau bukit dengan terlebih dahulu memaksa ‘pesalah’ menggali lubang kubur sendiri.

Menyedari tentang kekejaman Bintang Tiga ini, pihak British yang asalnya (semasa pemerintahan Jepun) adalah sekutu PKM dalam MPAJA (Malayan People Anti japanese Army), mengambil satu langkah berani memperdaya tentera Bintang Tiga untuk menyerahkan senjata melalui satu tipu helah yang agak unik.

Leave a comment